I Just Want...

 
video Block
Double-click here to add a video by URL or embed code. Learn more
 

by Isyraqi Yahya
 

Jacky ingin membunuh diri kerana kecewa terhadap wanita. Kawan karib Jacky yang telah lama terpisah, Isyraqi secara tiba-tiba hadir bertemu Jacky. Isyraqi dikenali sebagai seorang homoseksual. Ketika itu Isyraqi mempunyai perasaan terhadap Jacky tetapi Jacky telah melarikan diri kerana tidak mahu terlibat dalam kancah homoseksual . Jacky dan Isyraqi terlibat dalam kemalangan jalan raya yang menyebabkan Jacky terpaksa duduk di rumah Isyraqi. Jacky mula menyedari bahawa dalam hidupnya hanya Isyraqi seorang yang benar-benar menyayanginya. Ketika Jacky ingin berubah menjadi homoseksual, Isyraqi telah melakukan confession bahawa dia telah meminati seorang gadis bernama Caitlynn. Isyraqi memohon Jacky agar dapat menyampaikan hadiah harijadi kepada Caitlynn. Setelah itu, Jacky menemui Isyraqi membunuh diri di dalam rumah.

Disappointed by the race of women, Jacky decides to kill himself. But his long lost best friend suddenly appears. Isyraqi is a homosexual. It turned out that when they separated, Isyraqi had feelings for Jacky but Jacky had run away to avoid being involved in any homosexual relations. As they reconciled, Jacky and Isyraqi got into an accident. So Jacky is forced to go to Isyraqi's house. Jacky begins to realise that Isyraqi has always been the only one who truly loves him. When Jacky is slowly beginning to decide whether to become gay for him, Isyraqi confesses that he is interested in a girl named Caitlynn. Isyraqi asks for Jacky's favour to pass his birthday gift to her. Later, Jacky finds Isyraqi killing himself in his house.

Illustration by Low Pey Sien

 

My Philosophy of Love

Pada pendapat saya, melakukan hubungan cinta dengan manusia, kita hanya mendapat cinta dari manusia sahaja. Apabila kita cuba menjalinkan hubungan cinta dengan Tuhan, kita mungkin tidak hanya mendapat cinta dari Tuhan sahaja, malah Tuhan akan membalas cinta-Nya dengan menurunkan perasaan cinta-Nya kepada hampir keseluruhan makhluk di dunia, tidak kira ia manusia atau haiwan. Tetapi dalam kisah ini, saya menekankan mengenai manusia. Akan tetapi, jika tidak mengawal perasaan cinta terhadap Tuhan, boleh membawa kepada perlakuan ekstremis. Saya juga pernah terfikir mengenai masalah dunia ini, apabila seseorang itu masih hidup, jasanya dilupakan, dan saat dia telah mati, sekelilingnya berpusu-pusu menceritakan jasanya. Antara falsafah cinta saya yang lain adalah apabila kita mencintai seseorang, kita perlu menghormati dan menerima segala kelemahannya.

Filmmaking Process

Pada awal penulisan skrip, saya telah dipertontonkan 4 buah filem pendek projek ini. Secara ringkasnya, ia mengisahkan mengenai Jacky yang bermain cinta dengan 2 orang gadis. Dari sini, saya memikirkan untuk mewujudkan sebuah lagi watak baharu. Watak itu perlu menjadi kontradiksi dari 2 orang gadis itu, bertujuan agar para audiens akan terus menekap mata menonton dengan penuh selera dan ingin tahu. Maka, saya menghasilkan watak seorang lelaki, Isyraqi, yang merupakan kawan karib Jacky, dan mempunyai cinta terhadap Jacky suatu ketika dahulu. Ya, dia adalah seorang homoseksual. Setelah selesai dengan permbinaan watak, saya kemudian cuba mengatur unsur suspen dalam skrip ini. Idea kasar yang dirangka adalah; Jacky mula jatuh hati kepada Isyraqi yang telah lama terpisah, dan kemudian mengetahui Isyraqi sudah kembali menjadi seorang lelaki yang cintakan wanita. Dalam peringkat pertama ini, saya merasakan ada kelompongan, juga saya berasa bertanggungjawab untuk mencipta suatu penceritaan yang lebih besar kerana filem pendek saya berada di part 5 dari 10 part. Saya cuba memikirkan sebuah falsafah yang lebih besar berbanding hubungan bersama manusia sahaja. Saya telah membawa hubungan manusia dengan Tuhan ke dalam filem ini. Saya cuba mengelak untuk membawa isu ini menjadi lebih serius, lalu saya cuba menerapkan unsur absurdity dalam penceritaan ini. Juga diseltikan beberapa babak humor seperti Jacky tidak sempat membunuh diri Watak Isyraqi yang kekeliruan seksual, ditambahkan lagi dengan perwatakan psychopath, agar unsur absurdity itu dapat dilakukan. Saya perlu mengutakan pengaruh perwatakan Isyraqi dalam filem ini agar watak ini lebih menonjol dan diingati.

Original Script:

 

This is a dancing scene, which is the most enjoyable acting I ever had! I’ve been a psychopath and I truly love it.

 

Hanloong helps me to change clothes. This is most intense scene because this scene is using time and space concept, in a long take movement.

 

This is most lovely scene. Jacky expresses his opinion about differences of loving friend and girlfriend.

 

Afterthoughts

Di sini saya ingin mengupas pengalaman saya selepas membikin filem pendek ini. Peristiwa ini telah mengubah hidup saya menjadi semakin positif. Hubungan persahabatan bersama kru menjadi semakin rapat. Saya ingin merungkaikan dari segi medium filem pula, Watak Isyraqi memberi impak yang sangat besar menenggelamkan seketika watak Jacky. Banyak persoalan cuba diketengahkan tanpa jawapan. Antaranya, perubahan seksual Isyraqi dari homoseksual kepada seorang yang kembali kepada fitrah dan mencintai Tuhan; sejarah perkenalan Caitlynn bersama Isyraqi; kesanggupan Jacky untuk menunaikan janji Isyraqi memberi hadiah kepada Caitlynn; persoalan kandungan CD (hadiah); nasib hidup Jacky setelah kehilangan kawan karibnya; dan nasib hidup Isyraqi yang telah pergi ke alam seterusnya (afterlife). Proses akhir filem pendek ini telah membawa kepada sebuah genre dark comedy. Saya amat menggemari dengan gaya teknik penceritaan kebahagiaan pada awal dan kesengsaraan pada akhir. Saya membiarkan persoalan ini tergantung agar part seterusnya lebih menarik untuk dihuraikan oleh pengarah filem seterusnya, di samping terus dapat membawa audiens lebih berdebar untuk mengetahui kisah seterusnya.

Cast

Jacky Yeap
Isyraqi Yahya

Team

Producers
Han Loong Lim
Xiao Rui Woon

Director
Isyraqi Yahya

Director Photography
Elise Shick

Lighting / PA
Han Loong Lim